Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Persoalannya, adakah bekalan amalan kita benar-benar mencukupi untuk menampung kehidupan kita di alam akhirat kelak? Sama-samalah kita bermusahabah. Mudah-mudahan, Allah mengurniakan keampunan kepada kita atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Ingatlah bahawa hanya tiga perkara sahaja yang akan mengiringi kita ke alam akhirat iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kita.