Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Saturday, November 24, 2012

Kelebihan Ayat Kursi

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Sumber: myibrah.com
Marilah sama-sama kita amalkan. Basahkan bibir kita dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. Semoga amalan kita walaupun sekecil zarah sekalipun diterima dan diredhai Allah S.W.T....In Shaa Allah....

Friday, November 23, 2012

Hamas, Israel Henti Serangan

Gaza: Israel dan Hamas semalam bersetuju melaksanakan gencatan senjata selepas konflik lapan hari yang mengorbankan 162 warga Palestin dan lima penduduk Yahudi.

Persetujuan itu yang dicapai selepas Mesir menjadi broker rundingan bersama Amerika Syarikat, bermula jam 3 pagi semalam waktu Malaysia.
Mengulas perkembangan terbaru itu, Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan gencatan senjata dan berharap perjanjian dapat menghapuskan sekatan ke atas Gaza yang didiami 1.7 juta penduduk Palestin, sekali gus menghentikan kemusnahan, kehilangan nyawa dan harta benda di wilayah berkenaan.


Malaysia sebelum ini aktif menggesa tindakan ketenteraan dihentikan segera, malah ketika mesyuarat ASEAN-Amerika Syarikat di Phom Penh, Selasa lalu, Perdana Menteri dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berjaya mempengaruhi Presiden Barack Obama untuk mengambil tindakan bagi membendung keganasan Israel.

Selepas isu kekejaman Israel dibangkitkan Malaysia dan Indonesia pada mesyuarat itu, Obama membuat beberapa panggilan telefon untuk mendesak supaya konflik berkenaan dihentikan segera.

Najib berkata, Malaysia memberikan penghormatan kepada semua pihak yang menjayakan perjanjian berkenaan.

Secara khususnya, kita memuji usaha Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang menunjukkan kepemimpinannya dalam menjayakan perjanjian gencatan senjata.
Begitu juga Obama, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, usaha perdamaian selepas ini harus memfokuskan kepada proses keamanan di Asia Barat bagi memastikan wilayah bergolak itu menikmati kestabilan.

Semua pihak kini perlu melipatgandakan usaha ke arah penyelesaian dua negara untuk memberikan rakyat Palestin harapan kehidupan lebih baik dan mencapai keamanan yang berpanjangan di wilayah itu, katanya.

Persetujuan gencatan itu menetapkan kedua-dua pihak berhenti menyerang lawan masing-masing. Selain melonggarkan sekatan terhadap Gaza, Israel tidak boleh menyerang termasuk mensasarkan serangan terhadap pemimpin Hamas.

Di pihak pemerintah Gaza pula, pejuang Palestin mesti berhenti melancarkan roket ke wilayah Yahudi.

Pemimpin kanan Hamas, Khaled Meshaal, berkata pihaknya akan menghormati gencatan senjata selagi Israel berbuat demikian.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula sedia melanjutkan tempoh gencatan senjata tetapi turut bersedia mengambil tindakan lebih keras pada masa depan.

Pegawai perubatan Gaza berkata, separuh daripada warga Palestin yang maut ialah orang awam, 37 adalah kanak-kanak dan 11 wanita.

Sepanjang konflik itu, jet tempur Israel melakukan 1,500 serangan selain menggugurkan 1,000 tan bahan letupan di Gaza berbanding satu tan yang lepaskan di wilayahnya.

Di kalangan korban penduduk Israel, seorang daripadanya askar selepas pejuang melancarkan 1,400 roket ke wilayah Israel termasuk Baitulmaqdis dan Tel Aviv.


Sumber: Berita Harian


Syukur, alhamdullilah. Harap-harap perkara ini akan berkekalan. Wujudkanlah keamananan. Keamanan
akan menjadikan dunia ini tenang. Tiada lagi rasa takut membelenggu dalam diri setiap insan.

Tuesday, November 20, 2012

Konspirasi Musuh Islam (1)


Yang buruk-buruk semua pergi kepada orang Islam. Apakah mereka itu tergolongan dalam kalangan manusia yang baik? Sekurang-kurangnya, antara kami masih ramai yang mengamalkan cara hidup Islam yang jauh lebih baik daripada kamu. Sedangkan kamu sanggup melanggar fitrah kejadian manusia. Setelah itu, kamu bawa ideologi kamu itu kepada negara-negara Islam. Sudahlah umat Islam dan negara Islam hancur akhlaknya dek ideologi kamu yang bertentangan dengan syariat Islam. Apakah kerana Amerika dianggap kuasa besar dunia maka semua orang harus tunduk kepadanya? Perlukah? Fikirlah sendiri.

Monday, November 19, 2012

22 Tanda-Tanda Kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 Sumber: myibrah.com


Kepada umat Islam di luar sana, renung-renungkanlah. Berubahlah jika sebahagian daripada kita dikategorikan dalam kalangan di atas. Berubahlah selagi pintu taubat masih terbuka. Sama-samalah kita berusaha untuk bertaubat kepada Allah S.W.T...

Sunday, November 18, 2012

Doa Dhuha - Unic




Solat Dhuha membuka pintu rezeki kita pada setiap hari. Tidak sukar untuk melakukannya pada setiap pagi. Jika sibuk, cukuplah sekadar 2 rakaat. Allah itu Maha Penyayang. Allah S.W.T. tahu akan keikhlasan hamba-Nya dalam beribadah. Mohonlah agar dikurniakan rezeki buat diri kita. Hayatilah doa solat dhuha ini. Renungilah akan kebesaran, kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T....

Friday, November 9, 2012

Lirik Lagu: Sumayyah - Hijjaz

Dalam diri selembut sutera 
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama 
Dirimu bak lentera
Dibelenggu jahiliah 
Kau tempuh dengan berani
Walaupun jasadmu milik tuan 
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi 
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak 
Dibaring menghadap mentari
Disuruh memilih iman 
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau 
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah 

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…

Saturday, November 3, 2012

Begitulah Hakikatnya..(1)

PBS akan ditambah baik? Aku tergamam. Aku dapati guru-guru adalah insan yang telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan sebagainya semata-mata untuk hadir ke sekolah lebih awal dan menyiapkan PBS yang masih berbaki. Aku dapat merasakan beban yang ditanggung oleh guru-guru kerana ada seorang guru telah bercerita kepada penulis. Sejak kebelakangan ini, aku ada merasakan hubungan antara pelajar sealiran dengan aku semakin renggang kerana tumpuan guru-guru adalah lebih kepada pelajar tingkatan satu. Penulis agak sedih. Sedih kerana seperti dipinggirkan walaupun ia tidak pernah berlaku. Aku tahu, PBS akan menjadikan pelajar lebih seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Markah pelajar bukan sahaja dikira berdasarkan kurikulum semata-mata tetapi juga melibatkan kokurikulum. Tetapi, aku lebih suka jika PMR dikekalkan. Malaysia telah melahirkan ramai pelajar yang pandai dalam pelbagai bidang ketika zaman PMR. Kini, aku menanti akan kewujudan pelajar yang pandai hasil daripada PBS. Aku ingin lihat perubahan. Tidak salah jika kita ingin memperbaharui sesuatu perkara tetapi biarlah mengambil kira pandangan semua pihak daripada pihak yang akan melaksanakan sehingga pihak yang meluluskan. Aku fikir, pembaca faham akan maksudnya. Dahulu, buku teks Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi sekarang sudah dalam bahasa Melayu. Guru-gurulah antara insan yang terpaksa mengajar dalam bahasa Melayu setelah sekian lama mengajar dalam bahasa Inggeris, itupun mengikut pilihan pelajar itu sendiri. Jika majoriti pelajar minat diajar dalam bahasa Melayu, maka guru-guru terpaksalah mengajar dalam bahasa Melayu. Kenapa tiada orang pernah mempersoal akan bahawa di peringkat universiti, bahasa Melayu bukan lagi menjadi keutamaan? Ada sesetengah pensyarah inginkan pelajarnya menyiapkan assignment dalam bahasa Melayu dan sebaliknya. Mengapa tidak dalam bahasa Melayu terus? Bukankah pelajar yang mengikuti PBS ini telah belajar bahasa Melayu dan apabila tiba di peringkat universiti, ia berubah? Adakah kerana peringkat universiti adalah peringkat tertinggi dalam pendidikan maka semua orang menganggap bahasa Melayu adalah tidak penting lagi? Di manakah mereka-mereka yang menyokong pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Melayu? Aku ingin lihat mereka bangkit membantah perkara ini. Aku ingin kalian pertahankan bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan itu pada peringkat universiti. Barangkali tiada seorangpun yang mahu membantah. Kesudahannya, bahasa Melayu tetap tidak dapat dimartabatkan pada semua peringkat usia. Ia hanya setakat peringkat sekolah sahaja. Kalau yang demikian, bukankah lebih baik di'dwibahasa'kan buku teks? Siapa yang rasa-rasa hendak ikut bahasa Melayu, silakan. Tidak faham bahasa Melayu, kamu bacalah bahasa Inggeris. Bukankah senang begitu? Oh aku lupa, mereka ingin memartabatkan bahasa Melayu sepenuhnya. Kasihan. Cuba lihat negara-negara maju dunia. Jepun contohnya, mereka belajar bahasa Inggeris terlebih dahulu dan mereka menguasai segala jenis ilmu pengetahuan. Setelah itu, mereka berbakti kepada negara mereka sehingga negara mereka maju. Kini, orang berlumba-lumba untuk berlajar di Jepun dan belajar bahasa mereka. Marilah kita contohi mereka yang telah ke hadapan. Apa yang telah diusahakan oleh Perdana Menteri Keempat itu telah betul. Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kita ingin masyarakat dunia belajar bahasa kita. Itu lebih baik. Kita kaut segala ilmu yang dalam bahasa Inggeris dan setelah itu, kita modenkan negara kita dengan ilmu tersebut. Kita gunakan bahasa Melayu untuk menterjemahkan segala usaha titik peluh kita dalam memodenkan negara. Dengan itu, masyarakat dunia akan mula fikir akan penguasaan ekonomi oleh Malaysia dan bagaimanakah mereka melakukannya? Mereka akan datang ke negara ini dan belajar tentang cara-cara kita memajukan negara. Mereka ingin mencontohi kita. Itulah yang kita mahukan. Biarlah orang belajar bahasa kita pula. Usah tukar benda sedia ada yang bermanfaat. Segala-galanya perlu dibentuk ketika di sekolah menengah.