Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Saturday, November 3, 2012

Begitulah Hakikatnya..(1)

PBS akan ditambah baik? Aku tergamam. Aku dapati guru-guru adalah insan yang telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan sebagainya semata-mata untuk hadir ke sekolah lebih awal dan menyiapkan PBS yang masih berbaki. Aku dapat merasakan beban yang ditanggung oleh guru-guru kerana ada seorang guru telah bercerita kepada penulis. Sejak kebelakangan ini, aku ada merasakan hubungan antara pelajar sealiran dengan aku semakin renggang kerana tumpuan guru-guru adalah lebih kepada pelajar tingkatan satu. Penulis agak sedih. Sedih kerana seperti dipinggirkan walaupun ia tidak pernah berlaku. Aku tahu, PBS akan menjadikan pelajar lebih seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Markah pelajar bukan sahaja dikira berdasarkan kurikulum semata-mata tetapi juga melibatkan kokurikulum. Tetapi, aku lebih suka jika PMR dikekalkan. Malaysia telah melahirkan ramai pelajar yang pandai dalam pelbagai bidang ketika zaman PMR. Kini, aku menanti akan kewujudan pelajar yang pandai hasil daripada PBS. Aku ingin lihat perubahan. Tidak salah jika kita ingin memperbaharui sesuatu perkara tetapi biarlah mengambil kira pandangan semua pihak daripada pihak yang akan melaksanakan sehingga pihak yang meluluskan. Aku fikir, pembaca faham akan maksudnya. Dahulu, buku teks Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi sekarang sudah dalam bahasa Melayu. Guru-gurulah antara insan yang terpaksa mengajar dalam bahasa Melayu setelah sekian lama mengajar dalam bahasa Inggeris, itupun mengikut pilihan pelajar itu sendiri. Jika majoriti pelajar minat diajar dalam bahasa Melayu, maka guru-guru terpaksalah mengajar dalam bahasa Melayu. Kenapa tiada orang pernah mempersoal akan bahawa di peringkat universiti, bahasa Melayu bukan lagi menjadi keutamaan? Ada sesetengah pensyarah inginkan pelajarnya menyiapkan assignment dalam bahasa Melayu dan sebaliknya. Mengapa tidak dalam bahasa Melayu terus? Bukankah pelajar yang mengikuti PBS ini telah belajar bahasa Melayu dan apabila tiba di peringkat universiti, ia berubah? Adakah kerana peringkat universiti adalah peringkat tertinggi dalam pendidikan maka semua orang menganggap bahasa Melayu adalah tidak penting lagi? Di manakah mereka-mereka yang menyokong pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Melayu? Aku ingin lihat mereka bangkit membantah perkara ini. Aku ingin kalian pertahankan bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan itu pada peringkat universiti. Barangkali tiada seorangpun yang mahu membantah. Kesudahannya, bahasa Melayu tetap tidak dapat dimartabatkan pada semua peringkat usia. Ia hanya setakat peringkat sekolah sahaja. Kalau yang demikian, bukankah lebih baik di'dwibahasa'kan buku teks? Siapa yang rasa-rasa hendak ikut bahasa Melayu, silakan. Tidak faham bahasa Melayu, kamu bacalah bahasa Inggeris. Bukankah senang begitu? Oh aku lupa, mereka ingin memartabatkan bahasa Melayu sepenuhnya. Kasihan. Cuba lihat negara-negara maju dunia. Jepun contohnya, mereka belajar bahasa Inggeris terlebih dahulu dan mereka menguasai segala jenis ilmu pengetahuan. Setelah itu, mereka berbakti kepada negara mereka sehingga negara mereka maju. Kini, orang berlumba-lumba untuk berlajar di Jepun dan belajar bahasa mereka. Marilah kita contohi mereka yang telah ke hadapan. Apa yang telah diusahakan oleh Perdana Menteri Keempat itu telah betul. Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kita ingin masyarakat dunia belajar bahasa kita. Itu lebih baik. Kita kaut segala ilmu yang dalam bahasa Inggeris dan setelah itu, kita modenkan negara kita dengan ilmu tersebut. Kita gunakan bahasa Melayu untuk menterjemahkan segala usaha titik peluh kita dalam memodenkan negara. Dengan itu, masyarakat dunia akan mula fikir akan penguasaan ekonomi oleh Malaysia dan bagaimanakah mereka melakukannya? Mereka akan datang ke negara ini dan belajar tentang cara-cara kita memajukan negara. Mereka ingin mencontohi kita. Itulah yang kita mahukan. Biarlah orang belajar bahasa kita pula. Usah tukar benda sedia ada yang bermanfaat. Segala-galanya perlu dibentuk ketika di sekolah menengah.