Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Monday, February 11, 2013

Pesanan (6)

Semalam, aku menghadiri ceramah Maulidur Rasul di sebuah kampung yang terletak di Sentul. Aku amati pengisiannya amat menarik. Penceramah itu menasihati diri semu pendengar agar tidak hanya sekadar menyambut kelahiran Rasulullah SAW sebaliknya turut mengaplikasikan segala yang telah baginda lakukan sepanjang hidupnya dalam kehidupan kita. Kita sibuk berarak sambil berselawat namun hakikatnya setelah tamat acara perarakan, kita sendiri tertidur sehingga terlepas solat Zuhur. Inikah yang baginda ajarkan kepada diri kita? Adakah baginda meminta kita menyambutnya secara besar-besaran sehingga solat lima waktu yang menjadi perkara utama dalam Rukun Islam diabaikan?