Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Wednesday, June 5, 2013

Israk dan Mikraj





Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati | iluvislam.com discover the beauty of islam

Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Israa':

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Aku pohon agar para pembaca meluangkan sedikit masa bagi merenung kembali akan sirah pengorbanan yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW dalam proses pensyariatan solat. Baginda sanggup berunding dengan Allah SWT mengenai bilangan solat yang perlu dilakukan dalam sehari, setelah mendapat nasihat daripada Nabi Musa A.S. yang faham akan kondisi umat Islam pada akhir zaman. Alhamdulillah, Allah memperkenankan pemintaan Rasulullah SAW dan menetapkan bahawa umat Islam hanya perlu melaksanakan solat lima waktu sehari semalam manakala ganjaran pahalanya menyamai 50 waktu. Hakikatnya, terlalu luas iktibar yang dapat diambil menerusi peristiwa Israk dan Mikraj ini. Seakan-akan mahu mengalir air mata ini setelah cakna mengenai musafir agung seorang kekasih kepada PenciptaNya. Aku dapat merasakan betapa kerdil dan hinanya aku. Sungguh banyak dosa yang telah aku lakukan. Walau bagaimanapun, Engkau tetap menyantuniku dengan menutup segala aibku daripada pandangan manusia. Ampunkanlah aku, ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke pangkuanMu. Kami sentiasa lalai dalam mengingatiMu. Semoga kami mendapat hidayah dan petunjuk daripada Engkau, Ya Allah. Berilah kamu peluang untuk bertaubat kepada-Mu, ya Allah sebelum kami kehilangan nafas. Amin Ya Rabbal Alamin.