Jangan berputus asa. Orang yang mudah berputus asa ialah orang yang rugi. Dia seolah-olah tidak tahu bahawa Allah Subhanahu Wataala sentiasa merencanakan sesuatu yang baik buat dirinya walaupun dia bersangka bahawa segala yang berlaku ke atas dirinya buruk-buruk belaka. Silap. Dari situlah, Allah ingin menguji diri kita sama ada iman kita semakin mantap ataupun semakin kendur hanya kerana ujian sebegitu kecil. Jangan berputus harapan. Kita tidak tahu perkara yang akan berlaku pada hari esok. Mungkin, ada perkara yang baik akan berlaku pada keesokan harinya. Setelah berusaha, bertawakal. Saya ingat pesan seorang ustaz yang menjadi pengacara rancangan Halaqah, iaitu Ustaz Badlishah, katanya ingat DUIT. DUIT itu bermaksud doa, usaha, ikthiar dan tawakal. Amalkan dalam hidup kita seharian. InsyaAllah, kita bahagia dunia dan akhirat.