Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Monday, December 31, 2012

Satu Azam Bersempena Tahun Baru


Azam sering dikaitkan dengan impian. Setiap manusia yang lahir dan hidup di muka bumi ini mempunyai impian dalam hidupnya. Begitu juga aku. Aku sering dimotivasikan agar menyemai satu azam pembakar semangat buat diri dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang melintang. Aku sentiasa berdoa semoga segala impian yang aku harapkan selama ini tercapai. Aku tidak pernah mengimpikan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan diri aku. Banyak impian aku, bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah tidak tercapai. Namun, aku tetap bersyukur kepada-Nya. Barangkali berkat kesabaranku, aku berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Aku seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Aku memasuki alam persekolahan menengah dengan azam yang baru; ingin mencipta kejayaan terbaik sepanjang aku belajar di sini. Tahun 2013 akan menjadi tahun penentu kejayaan aku. Aku berdebar-debar untuk memulakan persekolahan pada tahun hadapan. Persoalannya, adakah aku mampu untuk mencapai kejayaan yang selama ini aku impikan? Sudah pasti soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan oleh sesiapa sahaja yang mendengar. Ini kerana, yang mengetahui akan masa depanku hanyalah Tuhan Yang Maha Esa.

Sunday, December 30, 2012

Pesanan (4)



Marilah kita sama-sama mengingatkan yang lain....

Friday, December 28, 2012

Pengorbanannya Menyedarkan Diriku (1)

Tahun 2012 kian sampai ke penghujungnya. Banyak detik nostalgia yang telah aku alami sepanjang setahun aku bersekolah. Banyak orang yang rapat di samping aku selama ini telah pergi membawa diri. Itulah yang dinamakan perpisahan. Kebanyakan manusia tidak mampu untuk menerima takdir perpisahan dalam waktu yang singkat. Aku juga mengalaminya. Namun, lama kelamaan aku sudah boleh menerima hakikat bahawa jodoh, ajal, maut, pertemuan dan perpisahan itu di tangan Tuhan. Barangkali ada hikmah yang tersirat di situ. Suatu hari nanti aku akan ketahui juga. Aku juga berusaha untuk melupakannya. Perpisahan itu meninggalkan luka di hati. Luka yang bukannya terhiris dengan sembilu. Namun, lukanya adalah lebih parah berbanding itu. Mungkin, pembaca sekalian tidak akan memahami luka di hati aku. Adakalanya, terasa seperti ingin menangis mengenangkan segala yang telah berlaku. Aku tahu, kerana kejadian itulah seseorang yang aku kenali selama dua tahun berhijrah. Berhijrah dengan satu azam yang baru bagi menghadapi tahun berikutnya agar kejadian yang telah melukakan hatinya pada tahun ini tidak akan berulang semula pada masa yang akan datang. Mungkin, itulah doa yang sering diungkapkannya setiap kali selesai bersolat. Aku sendiri yakin hatinya masih lagi terluka sungguhpun sudah berkali-kali aku memohon kemaafan daripadanya bagi mewakili rakan-rakanku. Sepi. Justeru, aku juga berdoa semoga kemaafaan itu diterimanya. Namun, sepi juga. Entahlah, aku amati wajahnya. Aku cuba melihat reaksi wajahnya. Ternyata mendung di situ. Sungguhpun begitu, sebuah senyuman hambar dihadiahkan kepada aku barangkali untuk melindungi muram di wajahnya. Aku faham perasaannya. Jika aku berada di tempatnya, sudah tentu aku juga akan berasa sangat kecewa. Bayangkan, inilah kali pertama dia merasai kekecewaan yang mendalam. Bukan seperti putusnya cinta. Tetapi, ini soal adab dan maruah.

Wednesday, December 26, 2012

Pesanan (3)



Cukuplah sekadar kita meluangkan masa selama 10 minit sehari untuk membaca Al-Quran. Membaca bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Barangkali pembaca sekalian kekurangan masa untuk membuka tafsir tetapi sekurang-kurangnya hayatilah kalam-kalam Allah dalam Al-Quran. Cuba selami. Barangkali kita tidak sempurna dalam soal ibadah  tetapi usah biarkan ketidaksempurnaan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat. Marilah kita bersama-sama membaca Al-Quran daripada duduk termenung di beranda rumah sambil hisap rokok. Hisap rokok sudahlah memudaratkan kesihatan. Bukankah lebih baik jika membaca satu surah pendek? Dengan surah tersebut, InsyaAllah hati kita akan bertambah suci dan kehidupan kita juga tenang.

Sunday, December 23, 2012

Pesanan (2)



Hayatilah...Usahlah kita mudah berputus asa jika sekali gagal. Ingatlah, kegagalan adalah sumbu kejayaan di kemudian hari. Kesusahan pada hari ini memberikan kenikmatan buat diri kita.

Wednesday, December 19, 2012

Nasihat (11)



Tidak semua antara kita dilahirkan sempurna. Kita dicipta oleh Allah S.W.T. untuk terus beribadah kepadanya. Usahlah alpa akan tanggungjawab sebenar kita dihidupkan di muka bumi ini. Jika sebaliknya, berubahlah selagi masa masih ada. Masa akan terus ke hadapan meninggalkan kita.

Saturday, December 15, 2012

Nasihat (10)



Sayangilah ibu kita. Mereka hanya akan hadir sekali dalam hidup kita. Sebarkanlah mesej ini buat peringatan kepada anak-anak muda di luar sana agar mereka tidak menderhaka kepada ibu dan bapa mereka juga.

Friday, December 14, 2012

Safar 1434 Hijrah


Alhamdullilah, kita telah memasuki bulan Safar, iaitu bulan kedua setelah Muharam. Teruslah pertingkatkan amal ibadah kita. Apa yang penting, tidak timbul perasaan riak dan takabbur setelah kita melakukan ibadah. Perasaan riak dan takabbur hanyalah merugikan diri kita sendiri. Selain ibadah tidak diterima, kita juga akan diseksa di akhirat kelak. Semoga Allah S.W.T. terus memberikan kerahmatan dan keberkatan buat diri kita. Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, December 10, 2012

Nasihat (9)


Hayatilah...Sungguhpun hati kita membantah setiap patah perkataan yang terbit dari mulut orang dewasa namun ada kebenaran yang tersingkap di sebaliknya. Kebenaran itu tidak akan manis jika dilihat sekarang namun ia akan hadir suatu ketika nanti. Pada ketika itulah kita mula menghargai kata-kata orang dewasa yang pernah menasihati kita dahulu. Kemanisan itulah tanda kebenaran kata-kata orang dewasa. Maka, terimalah seadanya setiap bait perkataan orang dewasa. Barangkali ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kata-katanya.

Sunday, December 9, 2012

Ambillah Iktibar (1)



Fikirkan sejenak. Marilah kita bermuhasabah diri. Usahlah kita memandang serong terhadap seseorang yang berperilaku buruk kerana kita tidak tahu akan akhir hidup kita kelak. Sama ada kita ditempatkan dalam golongan yang mendapat rahmat Allah S.W.T. ataupun mendapat kemurkaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat. Oleh itu, teruslah pertingkatkan amal kita untuk menghadapi Hari Pengadilan kelak.

Saturday, December 8, 2012

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?