Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Wednesday, December 26, 2012

Pesanan (3)



Cukuplah sekadar kita meluangkan masa selama 10 minit sehari untuk membaca Al-Quran. Membaca bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Barangkali pembaca sekalian kekurangan masa untuk membuka tafsir tetapi sekurang-kurangnya hayatilah kalam-kalam Allah dalam Al-Quran. Cuba selami. Barangkali kita tidak sempurna dalam soal ibadah  tetapi usah biarkan ketidaksempurnaan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat. Marilah kita bersama-sama membaca Al-Quran daripada duduk termenung di beranda rumah sambil hisap rokok. Hisap rokok sudahlah memudaratkan kesihatan. Bukankah lebih baik jika membaca satu surah pendek? Dengan surah tersebut, InsyaAllah hati kita akan bertambah suci dan kehidupan kita juga tenang.