Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Saturday, October 23, 2010

Satu Pencapaian

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke kantin. Aku membawa bekal makananku bersama. Ibuku telah membekalkan sebungkus nasi lemak berlaukkan ayam goreng dan sebotol air kosong. Sebaik sahaja aku tiba di kantin, aku mencari tempat duduk yang sesuai untuk aku makan bekal makananku itu. Tiba-tiba aku disapa oleh Cyrus, rakan sekelasku yang cemerlang dari segi akademiknya. Dia mempelawaku makan bersamanya. Aku menyambut sapaanya itu. Setelah itu, aku pun berjalan keluar dari kantin lalu aku pergi ke surau untuk menunaikan solat fardu zuhur. Sewaktu aku sedang bersolat itu, aku merasakan yang diriku ini semakin dekat kepadaNya. Hatiku juga menjadi tenang dan fikiranku menjadi lapang. Sewaktu aku sedang bersujud, aku berdoa dalam hati supaya aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Penilaian Menengah (SPM). Begitu juga sewaktu aku berdoa setelah selesai bersolat. Sewaktu aku sedang memakai kasut sekolahku, aku ditegur oleh Cikgu Nazri. Beliau bertanya khabar tentang keluargaku. Aku menjawab pertanyaanya itu dengan sopan. Cikgu Nazri memandangku dengan senyuman yang lebar. Aku berasa janggal pula. Jarang aku lihat Cikgu Nazri membuat senyuman seperti itu. Seolah-olah ada sesuatu yang dirahsiakan daripada pengetahuanku. Bila ku tanya kepadanya, beliau kata RAHSIA. Tidak mengapalah. Tetapi, aku masih tidak berpuas hati. Aku terus berjumpa dengan Cikgu Ruhana. Katanya, ada sesuatu yang membuatkan hati semua para guru gembira. Itu fasal hari ini semua guru-guru asyik tersenyum apabila memandang wajahku. Apabila aku berada di kelas, aku berasa gelisah. Aku ingin mengetahui apa yang membuatkan hati para guru gembira. Pelbagai soalan-soalan yang belum lagi terungkai muncul di benak fikiranku. Esok merupakan hari penentuan. Keputusan SPM bakal tiba. Hatiku semakin risau. Segala-galanya aku serahkan kepada Yang Maha Pencipta. Pada malam itu, aku tidak lena hendak tidur. Tidurku tidak seperti selalu. Pada keesokan harinya, guru besar mengumumkan nama-nama murid untuk mengambil keputusan SPM. Aku memandang wajah guru besar. Cikgu Ruhana pula memandang wajahku. Setelah itu, nama aku dipanggil. Aku berasa sungguh gembira kerana mendapat 12 A dalam SPM. Slip tu dekatkan ke hati. Ibu angkatku, Cikgu Ruhana mengucapkan syabas kepadaku. Rakan-rakanku pula mengucapkan tahniah kepadaku. Ibu bapaku mencium pipiku. Aku merasakan yang doakan yang telahku pohon dimakbulkan oleh Yang Maha Mengetahui. Aku telah mendapat tawaran untuk belajar di luar negara. Tetapi, aku menolak. Aku ingin belajar di universiti tempatan. Aku telah mengisi borang pemohonan untuk memasuki Universiti Malaya. Pencapaianku terus meningkat sehinggalah ke peringkat Ph.D. Aku telah mengambil ijazah dalam bidang Sains Biologi di universiti tersebut. Pada suatu hari, aku telah ditemu ramah oleh seorang wartawan. Wartawan itu cuma bertanyakan satu soalan sahaja kepadaku : "Bagaimanakah Rashid boleh berjaya sehingga ke peringkat ini?" Ini jawapanku: "Saya sebenarnya tidak akan berjaya sehingga ke peringkat ini sekiranya tanpa bantuan para guru dan pensyarah. Mereka telah memcurahkan tenaga dan bakti mereka kepada saya supaya saya berjaya kemudian hari" Setelah itu wartawan itu pun meminta diri untuk pulang. Beliau mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi ditemu ramah. Setelah itu, aku pun memandang ke langit. Aku terbayang wajah guru-guruku yang kini masih mencurahkan bakti dia sekolah lamaku. Aku tersenyum sedirian. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Friday, October 8, 2010

Sinar Kecemerlangan

Aku sedang mendegar dengan teliti ceramah motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Asri. Aku mencatat isi-isi penting yang disampaikan olehnya ketika ceramah itu sedang berlangsung. Cikgu Asri sedang menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Kecemerlangan Hidup". Beliau menceritakan kepada aku dan rakan-rakan sekelasku tentang maksud yang tersirat di sebalik dua perkataan itu. Beliau memberitahuku yang manusia tidak akan berjaya sekiranya tidak berusaha. Beliau memberikan contoh kepadaku. Bagaimanakah Sharmizar itu berjaya mendapat 21 A dalam SPM? Apakah rahsianya? Cikgu Asri memberitahuku bahawa Shamizar telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kecemerlangan dalam hidupnya. Dia mengutamakan disiplin dalam hidupnya. Dia menganggapnya sebagai salah satu prinsip yang penting untuk digenggam sekiranya hendak berjaya. Aku mengangukkan kepalaku perlahan. Aku bersetuju dengan apa yang Cikgu Asri katakan itu. Ada benarnya. Aku cuba berfikir panjang. Sekiranya kita tidak mempunyai disiplin diri yang tinggi, bagaimanakah kita hendak berjaya? Selain itu juga, faktor penjagaan kesihatan diri juga perlu dijaga. Ini kerana sekiranya badan kita sihat, otak kita mampu untuk berfikir secara mendalam. Setiap perkara yang disampaikan oleh Cikgu Asri itu mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya. Aku berasa seronok mendengar ceramahnya. Setelah ceramah yang dismpaikan oleh beliau tamat, aku berjalan keluar dari dewan utama di sekolahku. Hatiku mula bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Sejak hari itu, aku mula membuat latih tubi untuk memantapkan lagi pemikiranku. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap subjek yang aku lemah. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru-guruku di kelas. Selain itu, aku juga selalu mengerjakan suruhan Tuhan. Aku mengaji Al-Quran setiap kali selepas menunaikan solat Subuh dan Maghrib. Aku menyedekahkan sebahagian wang yang aku ada di dalam tabunganku ke dalam tabung masjid. Hatiku berasa tenang kerana aku merasakan diriku semakin dekat dengan Yang Maha Pencipta. Pada bulan ramadhan, aku menunaikan solat hajat dan banyak bermunajat kepada-Nya. Setelaj aku selesai menunaikan solah hajat, aku akan mengulang kaji pelajaranku supaya aku boleh mengingati segala yang aku pelajari selama ini dalam minda aku. Pada hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid tahun 6, aku berasa tengang sahaja. Guru-guruku menasihati aku supaya menjawab soalan dengan tenang dan selalu buat yang terbaik. Ketika aku berada di dalam dewan peperiksaan, aku berjaya menjawab soalan itu dengan mudah. Tidak kusangka yang soalan itu begitu senang pada pandanganku. Sungguhpun soalannya senang, namun aku tetap memeriksa semula jawapan yang telah aku tulis pada ruangan yang disediakan. Setelah aku berpuas hati dengan jawapan yang aku tulis di situ, aku pun menutup kembali kertas soalan itu lalu kuletakkan di sebelah kiri mejaku. Pada hari keputusan UPSR diumumkan, aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Ibu bapaku yang hadir sekali pada hari itu terus sahaja mencium pipiku. Rakan-rakanku pula mengucapkan syabas kepadaku. Guru-guruku juga mengucapkan tahniah kepada aku dan rakan-rakanku yang lain. Alu dan rakan-rakan bersorak kegembiraan. Sewaktu aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, aku termenung kejauhan sambil memandang ke langit. Kulihat sinar mentari menerjah tepat ke mukaku. Sinar itulah yang telah berjaya membakar semangatku untuk belajar bersungguh-sungguh. Pada tahun hadapan, aku akan menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu ke sekolah menengah. Sinar kecemerlangan sedang menungguku di sana.



(Hak Cipta Terpelihara)

Ketulusan Hati Seorang Guru

Cikgu Fatimah sedang mengajar murid-murid tahun 5 Bestari tentang subjek Sains. Tajuk hari ini yang dipelajari ialah tentang Fasa Bulan. Aku dan rakan-rakanku yang lain mencatat segala isi penting yang disampaikan oleh Cikgu Fatimah. Kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran Cikgu Fatimah pada hari itu. Setelah beliau mengajar kami tentang tajuk itu, beliau memberikan kepada kami kerja rumah Sains untuk disiapkan dan dihantar pada hari esok. Ada beberapa soalan yang tidak akau fahami lalu kutanyakan soalan itu kepada Cikgu Fatimah. Semasa aku sedang berjalan menuju ke mejanya, Cikgu Noni datang sambil membawa beberapa helai kertas soalan Sains untuk diberikan kepada Cikgu Fatimah. Setelah selesai berurusan dengannya, Cikgu Noni pun berjalan keluar daripada kelas kami itu. Aku menunjukkan soalan yang tidak aku fahami itu kepada Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah membaca soalan itu dengan teliti. Kumudian, beliau pun menerangkan satu persatu tentang cara-cara utnuk menjawab soalan tersebut. Aku pun mengucapkan terima kasih kepadnya. Aku berjalan menuju ke tempat dudukku yang bersebelahan dengan Cyrus. Aku pun  menyiapkan semua latihan yang diberikan oleh Cikgu Fatimah pada hari itu. Sebelum pulang ke rumah, aku berjalan menuju ke bilik guru untuk menghantar buku latihanku itu kepadanya. Semasa aku berada di mejanya yang kemas dan bersih itu, aku ternampak sepucuk surat tidak mempunyai sampul surat di atas mejanya. Aku ternampak tajuk utamanya. Aku terkejut setelah membaca tajuk surat itu dikirim kepada Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah akan bertukar sekolah pada tahun hadapan! Aku pun segera meletakkan buku latihanku itu di atas mejanya. Setelah itu, aku pun berjalan menuju ke meja Cikgu Hakim untuk mengetahui tentang perkara tersebut dengan lebih lanjut. Cikgu Hakim memberitahuku sebab Cikgu Fatimah hendak bertukar sekolah kerana suaminya telah ditukarkan kerjanya ke negeri lain dan beliau perlu mengikut suaminya sekali. Oleh sebab beliau masih sayangkan pekerjaannya untuk menjadi guru, beliau berhasrat untuk bertukar ke sekolah lain untuk mengikut suaminya sekali yang akan ditukarkan ke Kedah. Aku pun memahami perkara yang disampaikan oleh Cikgu Hakim itu. Setelah itu, aku pun berjalan pulang ke rumahku yang berdekatan dengan sekolah aku. Pada keesokan harinya, aku pun berjalan menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Fatimah dan bertanyakan tentang surat yang tidak bersampul itu. Sebelum beliau menceritakan perkara tersebut kepadaku, beliau menarik nafasnya dalam-dalam lalu dihembuskannya kembali seolah-olah ada perkara yang membuatkan hatinya berat untuk menceritkan perkara tersebut kepadaku. Cikgu Azlina memandangku. Cikgu Fatimah bertentang mata denganku. Cikgu Roshidah merenungku lama-lama. Beberapa minit kemudian, Cikgu Fatimah pun meceritakan segala-galanya kepadaku. Ketika beliau sedang bercerita itu, air matanya bercucuran. Hatinya berasa amat pilu. Aku berasa sayu mendengar ceritanya. Cikgu Fatimah sedar walaupun kami akan mengambil keputusan UPSR pada tahun hadapan, namun beliau terpaksa berbuat demikian. Aku pun cuba menenangkannya. Cikgu Ruhana memusingkan badannya ke belakang. Beliau memandang wajahku. Aku faham akan maksud pandangannya itu. Namun begitulah, ketentuan perjalan hidup terletak di tangan Tuhan. Seminggu selepas keputusan UPSR tiba, Cikgu Fatimah telah hilang daripada pandanganku. Aku sedar yang beliau telahpun mengikut suaminya pergi ke Kedah. Beliau akan mengajar di sana. Sungguhpun beliau jauh daripada pandanganku namun, namun ketulusan hati beliau akan tetap menjadi sebahagian daripada hatiku ini. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannnya di sana.



(Hak Cipta Terpelihara)

Monday, October 4, 2010

Pengorbanan Seorang Guru

Cikgu Ruhana berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas 5 Bestari. Ketua kelas 6 Bestari, Denesh sedang membawa peralatan mengajar yang diperlukan oleh Cikgu Ruhana ke kelas. Sebaik sahaja masuk ke kelas, semua murid-murid tahun 5 Bestari mengucapkan Selamat Sejahtera kepada Cikgu Ruhana. Setelah itu, Cikgu Ruhana pun menulis latihan di papan putih. Murid-murid tahun 5 Bestari mengeluarkan buku latihan Matematik. Sebanyak 100 soalan ditulis oleh Cikgu Ruhana. Semua murid disuruh menghantar kerja rumah itu pada keesokan hari. Setelah itu, Cikgu Ruhana duduk di meja guru lalu beliau mengeluarkan telefon bimbitnya itu. Beberapa minit kemudian, Hakim menghantar buku latihannya itu. Dia memandang Cikgu Ruhana. Wajahnya kelihatan muram dan sedih. Seolah-olah ada masalah yang melanda dirinya. Beliau sedang memandang ke langit. Seketika itulah air matanya mengalir deras. Aku yang duduk berhadapan dengan Cikgu Ruhana ternampak yang beliau sedang menangis. Hakim memberi isyarat tangan kepadaku. Kemudian, aku pun berganjak dari tempat dudukku. Aku memandangnya lalu ku tanyakan masalah yang beliau hadapi. Beliau masih lagi memandang ke langit. Ditatapnya lama-lama. Setelah itu, Cikgu Ruhana pun air matanya yang bergenang di kelopak matanya supaya tidak dilihat orang. Kemudian, Cikgu Ruhana duduk semula di kerusinya. Beliau memandang aku dan Hakim. Aku dan Hakim saling memandang. Seketika itulah Cikgu Ruhana menceritakan masalah yang beliau hadapi kepada kami. Aku terkejut mendengar pengakuan Cikgu Ruhana. Hakim tersentak mendengar cerita tersebut. Cikgu Ruhana akan bertukar sekolah lain pada tahun hadapan! Tidak kusangka Cikgu Ruhana sanggup bertukar ke sekolah lain. Katanya, beliau inginkan sekolah yang dekat dengan rumahnya. Jarak antara  rumahnya yang terletak di Selayang dan Sentul sejauh 13 kilometer. Hakim cuba memujuknya dan menyuruhnya berfikir masak-masak dengan keputusan yang diputuskan. Namun begitu, semuanya sudah terlambat. Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan borang pemohonan Cikgu Ruhana. Aku dan Hakim berasa kecewa akan keputusan muktamad yang diputuskan oleh Cikgu Ruhana. Tidak lama lagi, hilanglah seorang lagi guru Matematik di sekolah kami. Kemudian, kami pun berjalan semula ke tempat duduk kami. Aku ingi nmenyiapkan kerja rumah aku tadi yang tertangguh. Hakim pula mengeluarkan buku latih tubi Matematik untuk membuat latih tubi supaya keyakinannya untuk menjawab soalan Matematik bertambah mantap. Cikgu Ruhana memandang kami berdua dengan perasaan sayu. Beliau sedar pada tahun hadapan, kami akan menduduki satu  perperiksaan penting iaitu UPSR. Setelah keputusan UPSR tiba, aku dan Hakim terkejut kerana melihat Cikgu Ruhana masih lagi berada di sekolah kami. Kami tertanya-tanya dengan perkara yang berlaku itu. Cikgu Ruhana memberitahuku yang beliau telah membatalkan segala borang pertukaran sekolah. Beliau berkata yang beliau akan terus berkhidmat di sekolah ini selagi hayat dikandung badan. Aku dan Hakim berasa sungguh gembira. Cikgu Ruhana tersenyum melihat telatah kami berdua. Setelah itu, aku pun mendongakkan kepalaku lalu kupandang ke langit. Aku berkata di dalam hati. "Pengorbanan seorang guru tidak dapat dinilai dengan harta benda. Aku berjanji yang aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan hati Cikgu Ruhana."