Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Friday, October 8, 2010

Sinar Kecemerlangan

Aku sedang mendegar dengan teliti ceramah motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Asri. Aku mencatat isi-isi penting yang disampaikan olehnya ketika ceramah itu sedang berlangsung. Cikgu Asri sedang menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Kecemerlangan Hidup". Beliau menceritakan kepada aku dan rakan-rakan sekelasku tentang maksud yang tersirat di sebalik dua perkataan itu. Beliau memberitahuku yang manusia tidak akan berjaya sekiranya tidak berusaha. Beliau memberikan contoh kepadaku. Bagaimanakah Sharmizar itu berjaya mendapat 21 A dalam SPM? Apakah rahsianya? Cikgu Asri memberitahuku bahawa Shamizar telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kecemerlangan dalam hidupnya. Dia mengutamakan disiplin dalam hidupnya. Dia menganggapnya sebagai salah satu prinsip yang penting untuk digenggam sekiranya hendak berjaya. Aku mengangukkan kepalaku perlahan. Aku bersetuju dengan apa yang Cikgu Asri katakan itu. Ada benarnya. Aku cuba berfikir panjang. Sekiranya kita tidak mempunyai disiplin diri yang tinggi, bagaimanakah kita hendak berjaya? Selain itu juga, faktor penjagaan kesihatan diri juga perlu dijaga. Ini kerana sekiranya badan kita sihat, otak kita mampu untuk berfikir secara mendalam. Setiap perkara yang disampaikan oleh Cikgu Asri itu mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya. Aku berasa seronok mendengar ceramahnya. Setelah ceramah yang dismpaikan oleh beliau tamat, aku berjalan keluar dari dewan utama di sekolahku. Hatiku mula bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Sejak hari itu, aku mula membuat latih tubi untuk memantapkan lagi pemikiranku. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap subjek yang aku lemah. Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru-guruku di kelas. Selain itu, aku juga selalu mengerjakan suruhan Tuhan. Aku mengaji Al-Quran setiap kali selepas menunaikan solat Subuh dan Maghrib. Aku menyedekahkan sebahagian wang yang aku ada di dalam tabunganku ke dalam tabung masjid. Hatiku berasa tenang kerana aku merasakan diriku semakin dekat dengan Yang Maha Pencipta. Pada bulan ramadhan, aku menunaikan solat hajat dan banyak bermunajat kepada-Nya. Setelaj aku selesai menunaikan solah hajat, aku akan mengulang kaji pelajaranku supaya aku boleh mengingati segala yang aku pelajari selama ini dalam minda aku. Pada hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid tahun 6, aku berasa tengang sahaja. Guru-guruku menasihati aku supaya menjawab soalan dengan tenang dan selalu buat yang terbaik. Ketika aku berada di dalam dewan peperiksaan, aku berjaya menjawab soalan itu dengan mudah. Tidak kusangka yang soalan itu begitu senang pada pandanganku. Sungguhpun soalannya senang, namun aku tetap memeriksa semula jawapan yang telah aku tulis pada ruangan yang disediakan. Setelah aku berpuas hati dengan jawapan yang aku tulis di situ, aku pun menutup kembali kertas soalan itu lalu kuletakkan di sebelah kiri mejaku. Pada hari keputusan UPSR diumumkan, aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Ibu bapaku yang hadir sekali pada hari itu terus sahaja mencium pipiku. Rakan-rakanku pula mengucapkan syabas kepadaku. Guru-guruku juga mengucapkan tahniah kepada aku dan rakan-rakanku yang lain. Alu dan rakan-rakan bersorak kegembiraan. Sewaktu aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, aku termenung kejauhan sambil memandang ke langit. Kulihat sinar mentari menerjah tepat ke mukaku. Sinar itulah yang telah berjaya membakar semangatku untuk belajar bersungguh-sungguh. Pada tahun hadapan, aku akan menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu ke sekolah menengah. Sinar kecemerlangan sedang menungguku di sana.



(Hak Cipta Terpelihara)