Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Friday, October 8, 2010

Ketulusan Hati Seorang Guru

Cikgu Fatimah sedang mengajar murid-murid tahun 5 Bestari tentang subjek Sains. Tajuk hari ini yang dipelajari ialah tentang Fasa Bulan. Aku dan rakan-rakanku yang lain mencatat segala isi penting yang disampaikan oleh Cikgu Fatimah. Kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran Cikgu Fatimah pada hari itu. Setelah beliau mengajar kami tentang tajuk itu, beliau memberikan kepada kami kerja rumah Sains untuk disiapkan dan dihantar pada hari esok. Ada beberapa soalan yang tidak akau fahami lalu kutanyakan soalan itu kepada Cikgu Fatimah. Semasa aku sedang berjalan menuju ke mejanya, Cikgu Noni datang sambil membawa beberapa helai kertas soalan Sains untuk diberikan kepada Cikgu Fatimah. Setelah selesai berurusan dengannya, Cikgu Noni pun berjalan keluar daripada kelas kami itu. Aku menunjukkan soalan yang tidak aku fahami itu kepada Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah membaca soalan itu dengan teliti. Kumudian, beliau pun menerangkan satu persatu tentang cara-cara utnuk menjawab soalan tersebut. Aku pun mengucapkan terima kasih kepadnya. Aku berjalan menuju ke tempat dudukku yang bersebelahan dengan Cyrus. Aku pun  menyiapkan semua latihan yang diberikan oleh Cikgu Fatimah pada hari itu. Sebelum pulang ke rumah, aku berjalan menuju ke bilik guru untuk menghantar buku latihanku itu kepadanya. Semasa aku berada di mejanya yang kemas dan bersih itu, aku ternampak sepucuk surat tidak mempunyai sampul surat di atas mejanya. Aku ternampak tajuk utamanya. Aku terkejut setelah membaca tajuk surat itu dikirim kepada Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah akan bertukar sekolah pada tahun hadapan! Aku pun segera meletakkan buku latihanku itu di atas mejanya. Setelah itu, aku pun berjalan menuju ke meja Cikgu Hakim untuk mengetahui tentang perkara tersebut dengan lebih lanjut. Cikgu Hakim memberitahuku sebab Cikgu Fatimah hendak bertukar sekolah kerana suaminya telah ditukarkan kerjanya ke negeri lain dan beliau perlu mengikut suaminya sekali. Oleh sebab beliau masih sayangkan pekerjaannya untuk menjadi guru, beliau berhasrat untuk bertukar ke sekolah lain untuk mengikut suaminya sekali yang akan ditukarkan ke Kedah. Aku pun memahami perkara yang disampaikan oleh Cikgu Hakim itu. Setelah itu, aku pun berjalan pulang ke rumahku yang berdekatan dengan sekolah aku. Pada keesokan harinya, aku pun berjalan menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Fatimah dan bertanyakan tentang surat yang tidak bersampul itu. Sebelum beliau menceritakan perkara tersebut kepadaku, beliau menarik nafasnya dalam-dalam lalu dihembuskannya kembali seolah-olah ada perkara yang membuatkan hatinya berat untuk menceritkan perkara tersebut kepadaku. Cikgu Azlina memandangku. Cikgu Fatimah bertentang mata denganku. Cikgu Roshidah merenungku lama-lama. Beberapa minit kemudian, Cikgu Fatimah pun meceritakan segala-galanya kepadaku. Ketika beliau sedang bercerita itu, air matanya bercucuran. Hatinya berasa amat pilu. Aku berasa sayu mendengar ceritanya. Cikgu Fatimah sedar walaupun kami akan mengambil keputusan UPSR pada tahun hadapan, namun beliau terpaksa berbuat demikian. Aku pun cuba menenangkannya. Cikgu Ruhana memusingkan badannya ke belakang. Beliau memandang wajahku. Aku faham akan maksud pandangannya itu. Namun begitulah, ketentuan perjalan hidup terletak di tangan Tuhan. Seminggu selepas keputusan UPSR tiba, Cikgu Fatimah telah hilang daripada pandanganku. Aku sedar yang beliau telahpun mengikut suaminya pergi ke Kedah. Beliau akan mengajar di sana. Sungguhpun beliau jauh daripada pandanganku namun, namun ketulusan hati beliau akan tetap menjadi sebahagian daripada hatiku ini. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannnya di sana.



(Hak Cipta Terpelihara)