Pembuka Bicara



Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.

Sunday, January 27, 2013

Kartun Comel (3)



Jujur tidak semestinya dikaitkan dengan kata-kata. Dalam soal urus niaga atau jual beli, kejujuran juga penting kerana seseorang yang menipu dalam urusan jual beli akan mengalami kerugian. Usah fikirkan untuk jangka masa pendek. Lama kelamaan, tiada walau seorang pelanggan sekalipun ingin singgah melihat barangan yang dijual. Kejujuran juga penting ketika kita di hadapan Allah S.W.T.. Usalah melakukan sesuatu ibadah hanya untuk mendapatkan sesuatu. Sebaliknya, lakukanlah ibadah kerana ingin mencari keredhaan-Nya dan memperbanyak amalan sebagai persiapan menghadapi Hari Pengadilan kelak. Kadangkala, kita tidak jujur ketika beribadah. Sekalipun boleh untuk kita memohon sesuatu yang lain seperti memperoleh kejayaan dalam pelajaran contohnya namun harus diingat bahawa kita melakukan ibadah adalah kerana mencari keredhaan-Nya. Itulah yang utama. Sekiranya itulah yang kita utamakan nescaya walau apa sekalipun yang kita minta, Allah S.W.T. akan tetap kabulkan. Jika masih belum dikabulkan, usahlah bersangka buruk terhadap Allah S.W.T.. Kuatkan iman dan tabahkan hati serta ingatkan diri bahawa Allah bahawa telah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat diri kita. Positifkan diri, yakinlah kepada Allah S.W.T..