Pembuka Bicara
Ingatan daripada saya, jika belum solat, tunaikanlah solat terlebih dahulu kerana solat merupakan tiang agama. Solat dapat membantu mencegah dan melindungi diri kita daripada perbuatan mungkar. Jom kita tegakkan agama Allah dengan bersolat. Bagi yang telah bersolat, bolehlah meneruskan pembacaan. Lapangkan dada dan luaskan fikiran.
Monday, December 10, 2018
Politik Pelajar di UPM
Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia baharu saja berakhir. Secara keseluruhannya, setiap calon yang bertandiing telah mengemukakan pelbagai manifesto yang amat menarik pada pendengaran ramai, namun belum pasti mampu dilaksanakan dengan jayanya. Sekali lagi, parti Mahasiswa Putra diberikan mandat untuk terus menerajui kepimpinan MPP dan diharapkan mampu membawa suara para pelajar dengan lebih jelas kepada badan pengurusan Universiti. Parti pembangkang yang dominan, iaitu SMART telah memenangi lima kerusi MPP dan diharapkan mampu menjalakan peranan 'semak dan imbang' yang sempurna kepada MPP.
Sejujurnya, aku merupakan penyokong kuat SMART UPM. Tujuan aku memberikan sokongan kepada SMART bukan semata-mata untuk menumbangkan Mahasiswa Putra tetapi untuk membangunkan semula kepimpinan politik pelajar yang lebih demokrasi, namun meletakkan nilai-nilai Islam sebagai panduan. Walau bagaimanapun, aku suka berpesan kepada rakan-rakan yang akan keluar mengundi tempoh hari supaya memilih pemimpin yang benar-benar berkaliber agar aspirasi pelajar sentiasa dapat diketengahkan. Seseorang calon yang mengenakan kopiah putih, berpakaian kemas dan petah berkata-kata di hadapan khalayak bukanlah menjadi prasyarat bahawa dirinya itu benar-benar layak untuk memimpin. Pepatah Inggeris seringkali menyatakan bahawa "Action speaks louder than word". Terdapat segelintir calon Mahasiswa Putra yang mantap prestasinya sama ada dari aspek akademik mahupun sumbangannya kepada Universiti dalam bidang luar akademik. Hal ini pastinya menyukarkan pihak SMART untuk terus berdiri teguh dan menjadi pilihan utama pelajar.
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, kebanyakan pelajar UPM menghadapi pelbagai masalah yang belum lagi ditemui titik noktahnya:
1) Sistem pengangkutan yang tidak efisien.
2) Sistem merit kolej-kolej kediaman.
3) Kawalan keselamatan pintu-pintu pagar UPM.
4) Harga makanan yang membebankan.
5) Kesesuaian aktiviti Universiti
Aku tidak pasti keperluan untuk menerangkan hal-hal di atas. Walau bagaimanapun, aku rasa tidak patut untuk membiarkan para pembaca tertanya-tanya dengan perkara yang sedang hangat berlaku.
1) Sistem pengangkutan yang tidak efisien. Para pelajar terpaksa menunggu bas dengan kadar kelewatan sehingga hampir satu jam dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Terdapat segelintir pelajar yang bergerak ke fakulti lain dengan menaiki Grab dengan tambang RM 2 sekepala. Seseorang itu perlu membelanjakan sekitar RM30 seminggu jika konsisten dalam sehari perlu menaiki Grab sebanyak tiga kali. Aku yakin jumlah sebegitu bukannya murah. Hal ini belum ditambah lagi jika pelajar terpaksa berhimpit-himpit dan 'teraba' sepanjang menaiki bas. Itu bukanlah situasi yang manis dipandang.
2) Sistem merit kolej-kolej kediaman. Di UPM, seandainya para pelajar ingin terus kekal menetap di kolej yang sama pada tahun berikutnya, sejumlah kupon merit mesti dikumpulkan. Dalam hal ini, penyertaan pelajar dengan aktiviti kolej dapat menambahkan lagi jumlah merit yang terkumpul. Semakin aktif, semakin banyak merit dan menjanjikan peluang yang lebih cerah kepada pelajar untuk terus tinggal di kolej kediaman pada tahun hadapan. Isunya bukan pada pengumpulan merit. Jika diceritakan juga, entri kali ini akan menjadi semakin panjang dan berbelit. Sungguhpun begitu, jika hal merit ini diajukan kepada pensyarah-pensyarah di UPM, kebanyakannya akan menzahirkan perasaan tidak puas hati.
3) Kawalan keselamatan pintu-pintu pagar UPM. Sejujurnya, para pelajar lebih cekap daripada pasukan Polis Bantuan yang telah disediakan oleh pihak Universiti. Mereka sewenang-wenangnya boleh keluar pada pukul 2 pagi untuk membungkus Nasi Goreng Ayam di Restoran Maulana. Situasi ini pastinya tidak baik dari aspek keselamatan dan menjejaskan imej Universiti juga. Bagaimanakah pula dengan masalah 'khalwat' di kawasan-kawasan sunyi sekitar Universiti?
4) Harga makanan yang membebankan. Pelajar perlu berbelanja sekurang-kurang RM 5.40 untuk mendapatkan sepinggan nasi berlauk dan secawan ais kosong besar di Putra Food Court. Sekali makan ya. Jika sehari 3 kali makan, amaun yang dibelanjakan sudah RM 16.20 dan itu sangatlah tinggi. Aku bersimpati dengan rakan-rakan yang terpaksa mencatu makanan sehari-hari walaupun adakalanya tumpuan belajar itu terjejas sedikit. Itulah bukanlah situasi yang menyenangkan.
5) Kesesuaian aktiviti Universiti. Jikalau boleh, Bahagian Hal Ehwal Pelajar perlu mewujudkan keseimbangan acara melibatkan pelajar-pelajar Islam, bukan Islam dan kebudayaan yang melibatkan semua kaum. Pendekatan atkvititi tertentu perlu untuk menjadikan para pelajar Islam sentiasa dekat dengan Masjid UPM atau Surau Kolej kediaman. Mungkin sedikit wang perlu dibelanjakan untuk menarik minat mereka tetapi berbaloi dalam membentuk peribadi mereka, InsyaAllah. Pelajar bukan Islam juga tidak boleh diketepikan. Kesedaran beragama mungkin boleh menjadi 'benteng' kepada mereka agar tidak keterlaluan dalam urusan harian. Aktiviti kebudayaan perlu diadakan dengan kekerapan yang wajar; bukan selalu agar fokus para pelajar dengan akademik tidak terjejas.
Oleh itu, apakah komen MPP hari ini tentang isu tersebut? Aku mungkin kurang maklum dengan langkah proaktif yang telahpun dijalankan oleh pihak MPP untuk menyelesaikan isu-isu di atas.
Sebagai kesimpulannya, pilihan raya MPP pada tahun ini diharapkan membawa semangat Pilihan Raya Umum Ke-14 yang telah berlalu pada 9 Mei 2018. Suara rakyat, suara keramat. Seandainya kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Pakatan Harapan hari ini gagal melunaskan segala janji dan membawa pembaharuan yang konsisten kepada negara, kita wajib menggunakan saluran undi untuk menukarkannya. UMNO dan Barisan Nasional pastinya telah mempelajari banyak perkara sepanjang berada di blok pembangkang dan diharapkan agar semangat mereka kembali pulih untuk kembali menjadi kerajaan pada masa akan datang. Inilah sistem politk yang sedang kita laungkan saban hari kepada MPP UPM; agar suara para pelajar mampu menjadi penentu ke arah merealisasikan kewujudan persekitaran Universiti yang makmur ataupun sebaliknya.
Tuesday, December 15, 2015
Hamba Peperiksaan
Alhamdulillah, fasa peperiksaan SPM 2015 telah aku lalui dengan sempurna.
Pada pagi 25 November 2015, aku dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa salah seorang pelajar Tingkatan Lima dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menggantungkan dirinya kerana tidak dapat menjawab sebahagian besar soalan kertas Matematik Tambahan (Add Math) sehari sebelumnya.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, pada pandangan aku, soalan subjek Sains Elektif (Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan) bagi para pelajar yang mengambil jurusan Sains Tulen tahun ini sememangnya sukar. Sebahagian besar pelajar dari seluruh negara akan menjadikan istilah KBAT (High Order Thinking Skills) sebagai faktor utama kegagalan menjawab soalan yang dikemukakan.
KBAT ini sememangnya bagus kerana boleh menggerakkan minda pelajar agar tidak terlampau membuta tuli semata-mata dengan menghafal buku teks untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa bukan semua pelajar memiliki keupayaan untuk memandang jauh segenap perkara dan menghubungkaitkannya dengan pemasalahan semasa.
Sebagai seorang yang waras, meletakkan kesalahan itu pada KBAT juga tidak tepat kerana keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding tahun lepas walaupun telah diselitkan dengan sebegitu banyak soalan KBAT. Secara relatifnya, pelajar PT3 sememangnya jauh lebih bersedia untuk menghadapi SPM berbanding generasi kami.
Kami merupakan generasi akhir PMR, sejenis peperiksaan yang mengizinkan anda untuk belajar 'last-minute' tetapi menjanjikan kecemerlangan yang luar biasa. Kami hanya perlu memiliki daya akal yang mantap untuk menghafal, mengira dan sedikit kemahiran mencongak, lalu kami berjaya meraih semua 'A'. Sungguhpun begitu, dalam setiap peperiksaan yang akan dihadapi, aspek tawakal perlu senantiasa dijunjung tinggi. Di dalam dewan peperiksaan, perkara yang mustahil untuk berlaku pun boleh berlaku.
Hanya kerana sehelai kertas Add Math, bunuh diri menjadi pilihannya.

Yang akan melakarkan potret masa hadapan penuh kegemilangan ialah dirinya, bukan kertas Add Math.
Itu hanya sehelai kertas biasa. Jangan terlampau obses dengan gred peperiksaan.
Tuesday, June 2, 2015
Aliran Sains Tulen atau Aliran Sastera?
Ramai pelajar yang tertanya-tanya, apakah aliran yang sesuai dengan diri saya? Jawapannya terlalu rumit untuk dirungkaikan kerana segala-galanya berbalik pada diri sendiri. Aku berpendapat kalian perlu menetapkan matlamat untuk berjaya mulai saat ini. Oleh itu, aku akan cuba menerangkan serba sedikit berkenaan subjek yang akan kalian ambil ketika memilih aliran tertentu.
Situasi ini hanya berlaku di sekolah aku dan barangkali berbeza-beza mengikut daerah dan dasar pentadbiran sesebuah sekolah.
Seperti biasa, kalian perlu mengambil lima buah subjek teras, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Matematik dan Sejarah. Aku wajibkan kalian untuk mendapat pangkat 'A' dalam kelima-lima subjek ini kerana perolehan markahnya terlalu mudah. Kalian hanya perlu beguru dengan individu yang pakar dalam teknik menjawab soalan. Markah akan senang-senang lupus begitu sahaja apabila kalian mengetepikan kehendak skema jawapan. Inilah yang menyebabkan ramai pelajar cemerlang SPM sentiasa mendapat keputusan silang; sombong untuk memahami teknik menjawab soalan walaupun dikurniakan akal yang bijak.
Aliran Sains Tulen menawarkan empat subjek elektif Sains, iaitu Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Umumnya, English for Science and Technology (EST) merupakan subjek elektif. Penambahan subjek berlaku bagi para pelajar yang mengambil aliran Sains Tulen Agama. Subjek Pendidikan Islam digugurkan serta digantikan dengan subjek Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiyyah. Hal ini biasanya khusus kepada para pelajar yang berjaya memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Integrasi Sains dan sebagainya.
Aliran Sastera terbahagi kepada dua, iaitu kelas Akaun dan kelas Perdagangan (sekadar gelaran yang aku beri kerana situasi ini berlaku di sekolah aku.). Bagi pelajar yang memilih untuk berada di kelas Akaun, mereka perlu mengambil subjek Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan. Kelas Perdagangan merupakan dua kelas terakhir yang terdapat di sekolah aku. Di samping mengambil subjek Perdagangan, mereka juga ditawarkan untuk mengambil subjek Tasawwur Islam dan Pendidikan Seni Visual.
Untuk pengetahuan kalian, aku telah memilih Aliran Sains Tulen. Hakikatnya, subjek Sains Tulen telah banyak membantu dalam mendekatkan diri aku kepada Allah SWT. Kenapa begitu?
Apabila aku mulai rapat dengan subjek Biologi, aku telah belajar banyak perkara. Sistem peredaran darah, nutrisi, koordinasi dan respons telah memberikan banyak gambaran kepada aku tentang proses kejadian manusia yang kompleks. Hal ini telah menyedarkan betapa kerdilnya aku dan hanya Allah yang bersifat Al-Khaliq (Maha Pencipta). Sekalipun terdapat usaha pengklonan dilakukan oleh bijak pandai manusia, namun, kesempurnaan ciptaan Allah tetap mengatasi segala-galanya. Subjek Biologi turut membuka mata kita mengenai keperluan mengambil nutrisi yang seimbang untuk tumbesaran tubuh badan. Kalian juga akan belajar mengenai berbagai-bagai jenis penyakit, peranan sistem pertahanan tubuh badan, kaedah mencegah penyakit dan sebagainya. Ingat, kita belajar bukan setakat untuk lulus dalam peperiksaan sahaja, namun untuk diamalkan ketika diri sudah dewasa atau lanjut usia kelak.
Apabila aku mulai rapat dengan subjek Fizik, keimanan aku kepada Allah SWT kian mantap. Aku bertambah sedar bahawa segala pergerakan alam ini berlaku dengan kebijaksanaanNya. Kalian akan mula memahami tentang hukum-hukum asas dalam bidang Fizik sebelum bertemu dengan yang lebih sukar ketika berada di alam universiti. Asasnya, Fizik lebih mudah untuk mencapai pangkat 'A' kerana kalian hanya perlu faham konsep tanpa perlu sebarang hafalan yang banyak seperti subjek Sejarah. Dengan mempelajari Fizik, kalian juga berupaya untuk mentafsirkan sesuatu kejadian dengan lebih berilmu mengikut panduan yang ditinggalkan oleh saintis terdahulu.
Aku tidak berani memberikan sebarang komen mengenai Kimia dan Matematik Tambahan kerana kedua-duanya bukanlah menjadi subjek kesukaan aku. Aku tidak kata sukar, namun, segala-galanya terpulang pada minat diri. Sungguhpun begitu, kedua-dua subjek berkenaan amat penting untuk membolehkan seseorang itu meneruskan pengajiannya di universiti dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya.
Nampak? Aliran Sains Tulen sangat seronok jika kalian belajar untuk amal dan bukan sekadar lulus peperiksaan. Sebagai seorang Mukmin sejati, kita perlu sedar bahawa hampir sebahagian besar ilmu yang terdapat pada masa ini merupakan titik peluh kegigihan cendekiawan Islam yang terdahulu. Mereka bukan sahaja mendalami ilmu Fikah, Hadis dan Tasawuf, malahan turut berusaha untuk berjihad dalam memperkembang bidang ilmu sains dan teknologi. Contoh paling dekat ialah Ibnu Sina. Kitab agung karangan beliau, iaitu Al-Qanun Fit Tib telah dijadikan sebagai kajian tesis di universiti Barat selama hampir 600 tahun lamanya. Hasil kajian beliau telah membolehkan alat-alat perubatan seperti X-Ray dan ultrasound dibangunkan oleh saintis alaf baru ini. Orang Eropah berjaya memanfaatkan ketamadunan cemerlang umat Islam dalam bidang sains dan teknologi untuk membawa diri mereka keluar daripada Zaman Kegelapan. Ingat, menuntut ilmu merupakan satu kewajipan ke atas setiap Muslim. Untuk memastikan pengaruh Islam terus bertahan di atas muka bumi, kita perlu menuntut lebih banyak ilmu sains agar kita tidak ketinggalan serta tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.
Setiap individu itu memiliki kelebihan yang berbeza-beza. Perbezaan itu perlu diraikan mengikut kaedahnya yang tersendiri. Misalnya, untuk membangunkan sebuah kondominium mewah, lakaran sempurna oleh seorang arkitek berkelulusan tinggi dan bertauliah amat penting. Proses merealisasikan lakaran itu akan dilaksanakan secara proaktif mengikut peringkat oleh jurutera pakar. Walau bagaimanapun, kehadiran arkitek dan jurutera sahaja tidak mencukupi untuk melengkapkan keindahan panorama di sekitar kawasan kondominium itu. Pada ketika ini, kebolehan seseorang individu yang mahir dalam bidang kesenian amat diperlukan. Oleh itu, jangan sesekali kita memandang rendah terhadap pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual dan berada di kelas paling belakang. Mereka tetap memiliki keupayaan istimewa yang tidak dimiliki oleh para pelajar cerdik pandai kelas hadapan; iaitu kemahiran berfikir secara kreatif. Kebanyakan pelajar kelas hadapan hanya bijak bermain angka dan mampu untuk berfikir secara analitikal ketika kritikal namun, tidak mampu untuk menzahirkan kesenian secara total (kononnya lapangan sastera tidak memiliki nilai komersial dari segi kerjaya). Kita perlu sedar bahawa kehidupan seseorang manusia itu amat sukar untuk dipisahkan daripada elemen-elemen seni.
Satu perkara yang perlu kalian ambil maklum - sebahagian besar individu yang menyandang portfolio penting di dalam sektor korporat (kerajaan, swasta ataupun GLC) bukanlah lahir dari kelas jurusan Sains Tulen. Jumlah pendapatan yang diperoleh jauh lebih besar dan tinggi daripada individu yang bergelar arkitek, jurutera, juruteknik dan pegawai perkomputeran di syarikat yang sama. Oleh itu, kalian tidak perlu berasa terlampau takjub ketika berada di kelas Sains lalu memandang enteng kepada pelajar kelas Sastera.
Aku berharap agar kalian mampu untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam lapangan ilmu. Usah berasa terlalu merendah diri sehingga kalian merasakan bahawa untuk berjaya; hanya perlu melihat pada bilangan 'A' semata-mata. Ingat, sistem meritokrasi tidak mampu memberikan jaminan yang cerah untuk masa hadapan kerana bukan semua manusia diciptakan serupa akalnya. Sebaliknya, kalian yang perlu bergerak ke hadapan dan memanfaatkan serta menggilap segenap potensi yang tersembunyi di dalam diri tanpa terikat dengan pembelajaran di kelas semata-mata. Aku tidak mengatakan bahawa pembelajaran di kelas itu salah, namun bukan semua pelajar mampu untuk menyesuaikan dirinya dengan iklim pembelajaran sebegitu rupa. Sesetengah pelajar lebih sukakan pengamalan teori berbanding sekadar menghafalnya. Sesetengah pelajar mungkin lebih mudah untuk mengingat setiap fakta itu dengan mengaplikasikan teori. Sesetengah pelajar mungkin lebih senang untuk belajar dengan melihat alam lalu membandingkannya dengan sesuatu topik yang terdapat di dalam buku teks.
Kesimpulannya, manusia tidak serupa dari segi kelebihan yang dikurniakan Allah tetapi kita memiliki matlamat yang serupa, iaitu menjadi khalifah di muka bumi. Kalian perlu sedar akan definisi kejayaan yang hakiki. Sebenarnya, kejayaan itu diukur sejauh mana kita mampu memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari untuk penyebaran dakwah dan pembangunan ummah.
Bagi golongan yang terlampau menyanjung tinggi pangkat 'A' serta tidak menyokong atau mempercayai kewujudan individu yang 'street smart', kalian boleh mengabaikan segala intipati yang terdapat dalam bicara kali ini.
Semoga bermanfaat.

Saturday, April 18, 2015
Lirik Lagu Pejuang Agama - Imam Muda
Setiap manusia pasti punya,
Pemikiran yang saling berbeza,
Tapi janganlah cuba untuk memaksa,
Yang lain jika tidak sekata,
Usah taksub tafsiran sendiri,
Pandanglah dari sudut yang lain,
Mungkin ada benarnya kata mereka,
Andainya berfikiran terbuka,
Renungkanlah bersama,
Habibi janganlah membenci,
Hentikan dari saling menyakiti,
Habibi hanya jikalau bersatu,
Umahmu akan lebih maju,
Temanku, bersalamlah selalu,
Hormati mereka disekelilingmu,
Temanku marilah kita bersama,
Menjadi pejuang agama,
Tak perlu meninggikan suara,
Untuk meluah apa dirasa,
Kerana lantang itu bukannya bermakna,
Katamu menjadi lebih benar,
Renungkanlah bersama,
Habibi janganlah membenci,
Hentikan dari saling menyakiti,
Habibi hanya jikalau bersatu,
Umahmu akan lebih maju,
Temanku, bersalamlah selalu,
Hormati mereka disekelilingmu,
Temanku marilah kita bersama,
Menjadi pejuang agama,
Hindari rasa benci, sesama sendiri,
Teguhkan ikatan, antara saudara,
Habibi janganlah membenci,
Hentikan dari saling menyakiti,
Habibi hanya jikalau bersatu,
Umahmu akan lebih maju,
Temanku, bersalamlah selalu,
Hormati mereka disekelilingmu,
Temanku marilah kita bersama,
Menjadi pejuang agama.
Sunday, July 13, 2014
Lirik Lagu: Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu
Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu
Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.
Andai sebatang tamar boleh menangis kerana rindukan Rasulullah, bagaimanakah pula dengan diri kita yang kerdil ini? Tidakkah terbit rasa rindu kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu alayhi Wasallam? Jika kita inginkan cinta Allah Subhanahu Wataala, maka kita mestilah mencintai RasulNya terlebih dahulu. Semoga Allah mengurniakan hidayah buat diri kita semua. InsyaAllah. Amin.
#muhasabahdiri #renungandipagihari
Mohon perkongsian ya bagi lirik lagu di atas. :)
Friday, June 27, 2014
Ramadan 1435H
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan,
Alhamdulillah, bulan Ramadan Al-Mubarak kian tiba. Persoalannya, adakah iman kita benar-benar telah bersedia untuk menghadapinya ataupun sebaliknya? Semoga Allah memberkati perjuangan kita dalam menuruti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini. Lapangkan hati, bersihkan iman, tetapkan azam. Jadikanlah bulan Ramadan yang akan tiba kelak sebagai salah satu medium untuk kita semakin mendekatkan diri kepada Allah. Usah disia-siakan segala peluang keemasan yang Allah berikan buat hamba-hambaNya pada bulan yang penuh dengan berkah ini. Lakukanlah seberapa banyak ibadah walau sekecil mana sekalipun kerana Allah tidak memandang akan jumlah ibadah yang dilakukan. Sebaliknya, Allah melihat akan kesungguhan dan kemampuan kita untuk kekal istiqamah dalam melaksanakan sesuatu ibadah tersebut. Ayuh kita hidupkan bulan Ramadan dengan melakukan pelbagai amal ibadah untuk menggapai redhaNya. Mudah-mudahan, kita dapat dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar yang menjadi idaman setiap Mukmin. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang memperoleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Amin, ya Rabbal Alamin.
Saturday, April 19, 2014
Sentiasa Dahulukan Allah
Tatkala diri dihambat kesedihan atas segala yang berlaku, aku sedar bahawa masa yang telah berlalu tidak akan dapat diputar kembali. Aku berasa ralat kerana tidak rapat dengan insan ini. Begitulah. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Hanya Allah yang menguasai dan memiliki tiap-tiap sesuatu. Aku sandarkan segala bentuk kesedihan ini kepada Allah. Hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan menjadikannya dalam kalangan hambaNya yang memperoleh syurga. Hidup tetap perlu diteruskan.
Kita diberikan peluang untuk bernafas pada hari ini kerana Allah mengizinkan kita untuk terus bertaubat kepadaNya. Mohonlah ampun kepadaNya, semoga dengan sifatNya yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang maka dosa-dosa kita yang lalu diampunkan. Dahulukan hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan mendahulukan kita. Usah biarkan kesibukan kita mencari dunia menjadi punca hubungan kita dengan Allah terputus. Insan yang berjaya ialah insan yang sentiasa bergerak merapati Allah.
Wednesday, March 26, 2014
Begitulah..(3)
Ya, 529 orang akan dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan Mesir tanpa sebarang sebab yang munasabah. Namun begitu, kelihatannya mereka langsung tidak gentar ataupun berasa gerun setelah menerima hukuman tersebut. Sebaliknya, senyuman dihadiahkan ketika gambar mereka diambil. Barangkali, inilah hikmahnya orang yang berusaha untuk menegakkan Islam. Mereka sentiasa tenang dan yakin bahawa Allah selalu di sisi mereka. Semoga Allah meredhai perjuangan mereka, InsyaAllah. Amin.
Saturday, March 22, 2014
#DoaBuatMH370
Usah berputus asa. Berdoalah, moga-moga dengan sifat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka, rahmatNya tiba untuk kita semua. Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan hanya kepadaNya kita akan kembali.
Dalam pada itu, aku juga memohon kepada seluruh media tempatan dan mana-mana jua pihak agar menghentikan terus segala siaran yang karut-karut buat masa ini. Jika boleh, hentikan terus segala bentuk siaran yang melibatkan maksiat dan boleh mengundang kemurkaan Allah. Cubalah memahami perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun begitu, sebagai seorang manusia biasa, hanya kepada Allah jualah segalanya disandarkan kerana Allah memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu.
Wednesday, January 29, 2014
Penyelesaian Satu Konflik
Hati kita selalu terdetik; siapakah agaknya yang mampu untuk menyahkan rasa gelisah yang bertandang di pintu hati aku ini? Aku terlalu rungsing, ya Allah. Ya, kita sering menyatakan yang sedemikian. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bahawa siapakah agaknya yang mencipta hati kita ini? Allah, Tuhan yang Maha Pencipta. Hanya Allah yang mampu untuk meleraikan segala kekusutan yang hadir di dalam hidup kita. Siapakah agaknya yang menghadirkan rasa gembira dan duka di dalam hidup kita? Pastinya Allah. Mengapakah demikian? Sebenarnya, kasih Allah terhadap kita terlalu dalam. Cuma kita sahaja yang gagal untuk merasai betapa manisnya cinta Allah. Justeru itu, Allah tidak akan mendatangkan sesuatu perkara kepada kita melainkan untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita terhadapNya. Allah ingin menguji kita sama ada kita bersyukur tatkala diri ditimpa ujian ataupun sebaliknya. Ya Allah, berilah kami petunjuk untuk menggapai redhaMu di dunia dan di akhirat. Teguhkan iman kami agar kami sentiasa berada di bawah lembayung rahmatMu. Amin, ya Rabbal Alamin.
*Aku menulis artikel ini tatkala diri aku menghadapi sedikit konflik yang melibatkan masa depan aku. Aku telahpun berusaha untuk meminta pendapat dan pandangan daripada orang di sekeliling aku namun, kebanyakan mereka gagal untuk memberikan petunjuk yang jelas kepada aku. Aku akhirnya sedar bahawa hanya Allah yang mampu menunjukkan kepada aku jalan yang lurus. Alhamdulillah, konflik itu telah berjaya aku selesaikan; berkat petunjuk daripada Allah Taala. Semoga Allah merahmati keputusan aku itu. InsyaAllah.
Wednesday, December 25, 2013
Pokok dan Diri Seorang Mukmin..^^
Akar umbi bagi jiwa seorang Mukmin pastinya akidah. Jika akidah kita mantap, pasti lahiriah kita sentiasa dibatasi dengan syariat Islam. Untuk membuktikan bahawa kita berpegang teguh kepada Allah Subhanahu Wataala, maka kita diwajibkan untuk melaksanakan ibadah asas seperti solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji jika berkemampuan. Sungguhpun begitu, jika kita hanya melakukan ibadah asas tanpa diiringi ibadah sunat maka adakah pahala hasil pelaksanaan ibadah asas itu benar-benar mencukupi bagi membolehkan kita untuk menjejakkan kaki ke syurgaNya kelak? Syurga itu satu perkara. Kita hanya akan dapat masuk ke syuga Allah sekiranya Allah melimpahkan rahmatNya buat kita. Paling utama sekali ialah redha Allah. Adakah ibadah asas kita benar-benar sempurna sehingga kita merasakan bahawa ibadah sunat tidak perlu dilakukan? Hanya Allah yang Mengetahui. Sebagai hamba Allah yang kerdil, kita sepatutnya merasakan bahawa amalan dan bekalan kita masih belum cukup untuk menghadapNya kelak. Justeru itu, ibadah sunat dilaksanakan bagi memperbaik serba sedikit kekurangan yang terdapat dalam ibadah asas dan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah, Tuhan Semesta Alam. Apabila akidah sudah mantap, ibadah asas dan ibadah sunat juga sudah dilaksanakan secara istiqamah maka InsyaAllah akhlak kita juga akan menjadi baik. Buah itu adalah hasil istiqamah kita dalam menjadi hamba Allah yang benar-benar taat. Buah manis bukan? Itulah akhlak. Contohilah peribadi dan akhlak yang ditonjolkan oleh junjungan jiwa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Hasilnya ialah ramai Musyrikin Mekah yang memeluk Islam kerana begitu kagum dengan kecantikan budi pekerti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. SubhanAllah. Aku amat merinduinya. :)
Thursday, December 19, 2013
Tahniah Semua! ^^
Alhamdulillah, terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon PMR 2013 yang telah berjaya merangkul kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Berdasarkan laporan berita, terdapat peningkatan berskala kecil dalam peperiksaan tersebut. Aku benar-benar berbangga dengan kalian. Sungguhpun begitu, jangan kalian semua lupa bahawa Allah jualah yang Maha Pemberi Kurnia. Adakah layak bagi kita untuk bermegah-megah dengan semua yang telah kita miliki sedangkan semua itu nanti akan kembali kepadaNya kelak? Kejayaan hanyalah pinjaman Allah yang sementara. Usah lupa diri dan berasa takbur bahawa diri sudah cukup berilmu. Segala puji pujian perlulah kembali kepada Allah. Aku juga berbangga melihat rakan-rakan seusia kalian yang tidak berjaya dalam peperiksaan PMR. Bangga? Ya, aku berbangga dengan kalian kerana kalian masih tabah dan senantiasa meletakkan kepercayaan kepada Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Usah khuatir. Jika kamu sudah berusaha, pasti kejayaan akan menempa diri kamu. Yakinlah kepada Allah. Usah bersedih kerana perjalanan masih jauh. SPM sedang menanti kamu saat kamu selesai sahaja menduduki kertas terakhir dalam peperiksaan PMR. Amanah dan tanggungjawab masih terpikul di bahu. Tingkatkan usaha bagi menghadapinya kelak. Allah memberikan kita mata di hadapan agar kita terus memandang ke hadapan. Belajarlah untuk menerima hakikat akan tiap-tiap sesuatu yang telah berlaku jika kita ingin menjadi insan yang bahagia. Begitu ramai insan di luar sana yang pernah menghadapi kegagalan namun kerana sikap yang tidak kenal erti putus asa, akhirnya mereka berjaya juga. MasyaAllah. Sesungguhnya, Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya yang benar-benar ikhlas. :)
Monday, November 25, 2013
Gaza Terancam
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah Ghoyatuna
Arrasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Almautu Fisabilillah
Asma Amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi
Ulang semula
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tidak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allah Ghoyatuna
Arrasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Almautu Fisabilillah
Asma Amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi.
Aku mula berkenan dengan lagu ini setelah mengikuti Kem Dakwah Bil Hal yang diadakan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Mungkin rentaknya tidak sesedap rentak yang dihasilkan oleh kumpulan Hijjaz, UNIC mahupun Inteam. Namun begitu, pengisiannya cukup cantik. Aku juga telah meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke laman salah seorang rakan yang aku temu di kem dakwah tersebut. Alhamdulillah, beliau juga sudah memuatkan lagu ini di lamannya. Aku benar-benar berharap agar lagu sebegini dapat membangkitkan kesedaran dalam jiwa remaja-remaja Islam. Aku akui, umat Islam pada hari ini sangat lemah. Aku sendiri tidak mempunyai ilmu agama yang cukup bagi menyebarkan dakwah seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan aku yang lain. Sungguhpun begitu, adakah kita hanya boleh berdiam diri tatkala kehidupan umat Islam di bumi Gaza sedang diancam? Perhatikan madah di bawah:
"Lakukanlah kebaikan walau sekecil apa pun kerana kamu tidak tahu kebaikan mana yang menghantarkan kamu menuju syurga".
Renung-renungkan. Semoga umat Islam di bumi Palestin berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. :)
Saturday, November 23, 2013
Begerak Merapati Allah SWT
Setiap manusia sememangnya tidak mampu untuk lari daripada ditimpa musibah. Allah SWT menghadirkan ujian kepada hambaNya yang terpilih kerana Allah SWT ingin menguji kedudukan iman para hambaNya. Seandainya kita sedang menghadapi kesulitan, maka kepada Allah jualah tempat kita meletakkan segala bentuk pergantungan.
Firman Allah SWT:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah Al-Baqarah, ayat 286).
Firman Allah SWT lagi menerusi Surah Al-Baqarah, ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Justeru itu, hanya kepadaNya kita wajar untuk kembali sujud, memohon dengan sepenuh jiwa agar diberikan penyelesaian kepada sebarang kesukaran yang dihadapi. Lihat! Itulah tandanya Allah SWT sangat menyayangi kita. Allah SWT ingin sekali mendengar rintihan dan tangisan kita pada malam hari, bersujud dengan penuh rasa kehambaan diringi dengan linangan air mata tanpa henti semata-mata kerana dambakan syafaatNya. Satu pertemuan tulus ikhlas antara diri yang kerdil ini dengan Allah SWT berupaya untuk mengubah perkara yang kita rasakan mustahil untuk diubah. Sesungguhnya kepunyaan Allah SWT jualah segala kerajaan di langit dan di bumi.
Ikhlas Asas Penerimaan Amal
Ayuh bermuhasabah. Adakalanya, kita sering berkira untuk melaksanakan sesuatu amal kebaikan yang yang kelihatan begitu kecil di sisi manusia. Sungguhpun begitu, kita sendiri tidak dapat mengadakan sebarang jaminan bahawa segala amal kebaikan besar yang kita lakukan selama hari ini benar-benar dipandang Allah SWT. Dalam Islam, keikhlasan dalam beramal semata-mata kerana Allah SWT diletakkan pada kedudukan yang tertinggi. Jika kita beramal dalam keadaan diri masih mengidamkan pujian dan sanjungan manusia, maka akan tercabutlah kelazatan dan kemanisan ibadah itu sendiri. Sesungguhnya dengan bersedekah, memimpin orang tua melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan, memberikan salam dan memelihara adab ketika di dalam rumah Allah SWT, memelihara kebersihan alam sekitar seperti mengutip sampah-sampah kecil yang bertaburan di atas lantai, menziarahi fulan atau fulanah yang terlantar sakit di hospital dan sebagainya; menjanjikan terlalu banyak ganjaran pahala untuk diraih. Oleh itu, pokok pangkalnya bermula daripada diri kita sendiri.
Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Zalzalah, ayat 7:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Ra'd, ayat 29:
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.
Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Ankabut, ayat 58:
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh.
Kesimpulannya, seandainya kita benar-benar dahagakan kasih sayang Allah, maka kerjakanlah walau sekecil manapun amal kebaikan; asalkan yang boleh menghantarkan kita ke syurgaNya kelak. Yakinlah kepada Allah.
Kewajipan Menutup Aurat
Bertudung LABUH tidak semestinya USTAZAH. Malangnya, perpektif sebahagian besar masyarakat Islam khususnya di Malaysia seringkali bercanggah dengan konsep sebenar dalam Islam. Apabila seseorang wanita itu mengenakan tudung labuh, maka timbul berbagai-bagai bentuk gelaran yang bertujuan untuk memperlekehkan perintah Allah SWT. Situasi ini bertambah buruk apabila seseorang itu, yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya, tergamak pula melemparkan tuduhan kepada wanita yang melabuhkan tudungnya sebagai 'tunjuk alim', 'bajet bagus' dan sebagainya. Sesungguhnya, sindiran dan perlian ini oleh individu yang jahil ini amatlah berat dosanya di sisi Allah SWT kerana tujuan asal turunnya perintah ini adalah untuk maslahat keseluruhan umat manusia.
Firman Allah SWT menerusi Surah An-Nur, ayat 31:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang auratperempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Arahan Allah SWT mengenai aurat merupakan satu keutamaan yang perlu diketengahkan dan dilaksanakan dengan sempurna. Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Ankabut, ayat 18:
"Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran agama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya); dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata".
Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang memiliki dan paling berhak untuk menyandang gelaran Ar-Rahim (Maha Penyayang). Allah SWT turut Maha Mengetahui akan kelemahan para hambaNya. Segala perintah yang diturunkan kepada sekalian makhluk diiringi dengan perasaan kasih yang mendalam; kerana tidak mahu kehidupan makluknya merana di atas muka bumi. Setelah itu, daripada kalangan manusia, dilantik pula seorang Rasul yang bertujuan untuk menyampaikan segala syariat Allah SWT dan sebagai role-model kepada umat manusia dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Sekalipun kita enggan mematuhi perintahNya, hal itu tidak sekali-kali mendatangkan kerugian kepada Allah SWT. Kesimpulannya, jagalah hak Allah, nescaya Allah pasti menjaga kita.
Wednesday, November 13, 2013
Lirik Lagu: Janji Khalifah - Hijjaz
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah
Tidak kan jatuh langit menimpa kepala
Jua tak kan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semua
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah Allah
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar..
Oh Ya Allah~
Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah Allah
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar..
oh ya allah~
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah...

Kadangkala, kita sendiri lupa akan janji yang pernah kita lafazkan saat di hadapan Allah seketika dahulu.
Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Araf, ayat 172:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Keindahan dunia dan kegagalan diri untuk menjadikan iman sebagai panduan ketika memutuskan sesuatu perkara menyebabkan diri terhumban ke kancah kehinaan. Sungguhpun begitu, kasih sayang dan maghfirah (pengampunan) daripada Allah tetap mengatasi segala-galanya.
Firman Allah SWT menerusi Surah Al-Zumar, ayat 53:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Allah SWT akan senantiasa menerima taubat kita (selagi nyawa belum sampai ke halkum dan matahari belum terbit dari Barat) biarpun diri sudah dilumpuri dengan sebegitu banyak dosa. Sedarlah wahai diri dan saudaraku sebelum helaan nafas terhenti.
Mohon perkongsian ya bagi lirik lagu di atas. Terima Kasih. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)